top of page

SEJARAH SK PERLOK

Pada 2 Mei 1948, tapak bangunan asas SK Perlok dibina di tengah-tengah Kampung Perlok Lama, berhampiran Sungai Sungkai. Pejabat Pelajaran Negeri Perak menghantar seorang Guru Besar bertauliah iaitu Cikgu Yahya bin Abdul Hamid berkhidmat di situ dengan muridnya seramai 57 orang.

Pada 10 September 1950, bangunan sekolah telah roboh akibat angin ribut. Sekolah Melayu Perlok dipindahkan di bawah rumah seorang penduduk kampung Guntong yang bernama Abdul Rahman bin Hj. Abdul Wahid. Bangunan sementara dibina di kawasan lapang, tanah rizab di Kampung Perlok Lama. Pada 28 Disember tahun yang sama, kerajaan Malaysia telah memberi peruntukan sebanyak RM700.00 bagi mendirikan semula bangunan sekolah di tapak tanah rizab tersebut.

Pada 2 Februari 1952 pula, Sekolah Melayu Perlok dipindahkan ke Kampung Perlok Baru (tapak sekarang). Sekolah ini dilengkapi dengan sebuah rumah guru dengan kos sebanyak RM1,500.00. Jumlah murid mencecah 91 orang.

Pada 1966, tapak bangunan yang menjadi hak milik kekal dibeli daripada seorang pekebun Cina. Pada tahun berikutnya, bangunan baru dibina di tapak tersebut dan didaftarkan di bawah JKR No.116, Sungkai. Bangunan tersebut siap dan dikenali sebagai Sek. Keb. Perlok, Sungkai. Pada 1 Jun 1967, bangunan baru Sek. Keb. Perlok, Sungkai mula digunakan dengan jumlah murid seramai 191 orang dan 8 orang guru. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, Encik Mohd Khir Johari.

Pada 3 Januari 1984, kerajaan Malaysia telah meluluskan pembinaan dua buah bangunan projek kilat tanpa tandas. Ia menggantikan projek bangunan tiga tingkat yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Tandas lengkap untuk guru dan murid dibina pada tahun 2003.

SKP: About

lagu sekolah kebangsaan perlok 

Kami ini semua
Murid SK Perlok
Berikrar dan berjanji
Taat kepada guru-guru kami
Pelajaran kami kuasai


Menjunjung segala nasihat ibubapa
Prinsip Rukun Negara
Demi pelajaran mulia kami rela
Rajin Berusaha Berjaya

Akan kami balas
Jasa ibubapa kami berjanji
Janji-janji kami terus berusaha
Inilah tugas yang murni.

SKP: About

ORGANISASI SEKOLAH KEBANGSAAN PERLOK

SKP: Text
Shuhaili.jpg

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PERLOK

CIKGU SHUHAILI BIN SALLEH

SKP: About
PN AZIZAH (1).jpg

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

 CIKGU AZIZAH BINTI JAAFAR

SKP: About
Zuraida.PNG

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

CIKGU ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN

SKP: About
Amajit.png

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

CIKGU AMARJIT SINGH A/L DUSHAN SINGH

SKP: About

STAF AKEDEMIK

​

1.CIKGU ALIYAS @ ASHAARI BIN HASAN HABIDIN

2.CIKGU AQMA IZZATI BINTI AHMAD

3.CIKGU FAIRUZANA BINTI LEMAN

4.CIKGU HIFZULMUNA BT ADAM

5.CIKGU MASRIFAH NORHAFIDAH BT ABU MASSUUT

6.CIKGU NOOR FAZILLAH BINTI AHMAD

7.CIKGU NOR SHAHIRAH BINTI MOHMAD

8.CIKGU NORA BT MOHD NOOR

9.USTAZAH HASNAH BINTI ABDUL MANAF

10.CIKGU ROHANA BINTI ABDUL SUKOH

11.USTAZ SABRI BIN IBRAHIM

12.CIKGU SUZANAWATI BINTI ARIFIN

13.CIKGU WAN DLIYANA BT WAN AHMAD KASPI

14CIKGU ZAHARIAH BINTI ZAINUDDIN

15.USTAZAH ROHANA BINTI ABDUL WAHAB

SKP: Text

THE BICARA BERIRAMA SK PERLOK

SKP.jpg
SKP: Image

MISI SEKOLAH KEBANGSAAN PERLOK

BERSEDIA MERANCANG, MELAKSANAKAN MENILAI DAN MEMPERTINGKATKAN KUALITI AKADEMIK, KOKURIKULUM, DAN PEMANTAPAN, SAHSIAH DIRI UNTUK MELAHIRKAN INSAN SEIMBANG, TERPUJI DAN DIHORMATI SEJAJAR DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

SKP: Image

visi

MELONJAK KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM, SAHSIAH DAN IMEJ SEKOLAH

SKP: Image

©2019 by Best friends for ever. Proudly created with Wix.com

bottom of page